Monday, December 6, 2010

hijrah

sempena maal hijrah tomorrow, let me share my hijrah story ye? my story berhijrah dari bebas rambut or percuma rambut (free hair) to berhijab...

antara responses yang aku dapat are:
  • hugs and kisses from mama and ayah
  • happy tears from mama *yes, dia sungguh emosi*
  • excitement from kakak tuk bershopping tudung bersama and share2 tudung
  • a very simple but meaningful word from adik > AKHIRNYA!
  • pujian from opismate and friends
  • lots of questions from my non-muslim opismate
  • kata2 syukur dari pakcik
sebenarnya dah lama terdetik nak pakai tudung ni. tapi biasalah.. maybe sebab aku ni JARANG2 SOLAT, TU YANG SENANG KENA HASUT SYAITAN *seperti kenal ayat ni. tapi dimana ya?* and being me yang sungguh degil +keras ati, bila ayah or family tegur suruh pakai lagi aku rasa tak nak pakai.. huh. sungguh keras kepala punya anak.

tapi dalam masa yang sama, time kakak mandi aku selalu je test2 pakai tudung dia. bila dia keluar terus gelabah and terus cabut tudung. penah gak kantoi ngan kakak. terus dia puji "ha, kan elok pakai tudung. lagi cantik". terus aku bukak and cakap no komen and terus keluar bilik. memang dasar keras ati sungguh

and after aku single, ayah de slow talk ngan aku. dia cakap maybe my ex bukan laki terbaik tuk aku. and dia cakap "lelaki yang baik tuk perempuan yang baik". terus terdetik kat hati nak berubah. aku xcakap orang tak pakai tudung 2 jahat. no. absolutely no. tapi aku fikir, dah la perangai tak baik sangat. solat pun kadang2 tinggal. bila xpakai tudung, baju pun lagi terdedah, seluar pendek, sleeveless aku pakai je kat luar. lagi bertambah la dosa. so macam mana nak jadi orang yang lebih baik.

and yang paling dasat, ayah pernah cerita kat aku. dia mimpi aku terbakar. ayah berusaha nak padamkan api kat aku. tapi sangat2 susah. lama sangat ayah usaha nak padamkan api tu. tapi lama2 padam jugak. huh. gila seram siot! maybe tu petunjuk kot. memang banyak kali ayah tegur aku suh pakai tudung. tapi aku mesti buat selambe je.xpun aku wat xdengar and pergi tempat lain. sekarang ni baru sedar buruk sungguh perangai aku ni.

sekarang ni pun aku tengok ramai je kawan2 lame and ex schoolmate yang aku kenal dah berubah. syukur laa.. semoge aku tak hot-hot ciken shit la..

okay. itu je.. renung2kan dan selamat beramal.. sori if ada yang terasa.. xbermaksud pun.. hehehe

selamat menyambut maal hijrah esok:)



notakaki: tumblr xberfungsi harini. terpaksa la update blog ni..




4 comments:

Pya said...

Alhamdulillah~~~
Sgt2 suka nengok ko pakai tudung nana!
=)

rimieilya said...

syukur...
semoga penghijrahan ko akn dibalas dgn kebahagian d ketenangan..

lagi comel ko pakai tudung tau...aku sokong 101%..

tahniah

rimieilya said...

alamak...aku tag ko tp ko xde shoutbox plak...huhu...

see this ya

http://rimie4350.blogspot.com/2010/12/jom-join-bloglarian-secara-beramai.html

- said...

dan...............

SAYA DAH ADA KAWAN UNTUK SHOPPING SHAWLS BANYAK2 DAN KONGSI BYK BENDA UTK PAKAI MACAM2!!! KAN NANA KANNNNNN!!!