Showing posts with label babble. Show all posts
Showing posts with label babble. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

30 hari berdiet

seperti yang dia and dia akan buat, aku pun nak la buat jugak. lagipun time pose-pose ni den tak ada mood nak kerja sangat. so marilah mencuri tulang dua tiga minit per day tuk layan benda ni

Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 – A song to match your mood.
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 – Your dream wedding.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of your favorite place to eat.
Day 11 – A picture of your favorite memory
Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 13 – A picture of your favorite band or artist
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Short term goals for this month and why
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Who are you?
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – What kind of person attracts you?
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days





notakaki: muka menggelupas. dem!

Thursday, August 4, 2011

masjid bandar vs masjid kampung

this year aku solat tarawih kat banting. yolah. pak amin udah pencen so pindah la kami from kem tentera yang aman damai boleh buka pintu luas-luas setiap masa without risau pencuri masuk to kawasan sub-urban yang tenang tapi agak bingit menjelang maghrib coz meenachi depan rumah jerit-jerit suh anak dia mandi (aku assume je dia suh anak dia mandi tu coz aku bukan paham dia cakap pe pun).

yang pasti, sangat beza environment masjid di bandar and kampung. yang paling obvious budak-budak yang datang masjid. kat bandar, budak-budak datang masjid especially tarawih tuk main lari-lari and main wrestling kat belakang. memang super bising. dah kena marah ngan orang tua pun tak ada kesan. yang paling geramnya, bila before orang solat dia diam. tapi time dh start tu mula la diaorang bising terjerit-jerit berlari-lari and so on. and bila imam dah bagi salam terus diam balik. gila tak khusyuk aku solat kat sana. dalam hati dok sumpah-sumpah je coz terganggu. and at one point, tengah orang solat and tengah budak-budak tu bising ada uncle ni stop solat and menjerit marahkan budak-budak tu. ada yang siap kena pukul lagi tu. tapi sok tu bising balik. gila degil budak-budak ni.

however, masjid kat kampung ni sangat-sangat beza. time balik after first day tarawih tu kitorang 1 family cakap bout benda yang sama which is masjid yang tak bising time solat. tenang je. budak-budak semua solat. walaupun ada budak-budak kecik yang solat lintang pukang kat belakang saf tu, tapi diorang still ikut sampai habis. gila kagum makcik. walaupun masjid ni tak ada aircond and agak sempit coz ramai orang tapi lagi best dari masjid kat bandar yang way too comfortable, besar and cantik.



notakaki: tak ada mood nak study agreement ni. cam nak muntah tengok ayat law

Friday, July 22, 2011

Feel Good!

harap maaf. entry agak lapuk tapi aku still nak letak juga coz aku dah lama tak update and tak ada cerita lain nak cerita pun disebabkan kerja yang konon-konon busy ni. disebabkan harini aku sangat-sangat tak ada mood or semangat nak kerja so boleh la aku mencuri tulang kejap.

on 2nd July 2011 aritu aku join Feel Good Run with tumi n ejat (the couple), ocong ( the lone ranger) and my akak (ipah). harap maaf ye kawan-kawan sebab kelambatan aku n ipah. ni sume salah ipah, dia ajak aku jimba malam tu. pukul 2 pagi baru sampai rumah. so terlajak tido.. ampun ye kawan-kawan? tapi ocong ko patut berterima kasih kat ktorg. sbb lambat kite dapat naik van pastu dapa tbuat-buat cool bila nampak artis-artis especially bila adam zain  tegur kita.. kekeke









notakaki: baru perasan gambar aku semua poyo-poyo pegang medal.. hehehe

Friday, June 10, 2011

i'm back

hey people!!
i'm back from SKMI yang super duper penat menyeksa jiwa raga, fizikal and mental.
4 looong days.
kena seksa awal-awal pagi, PT10 beratus kali, sit up berpuluh-puluh kali n senaman-senaman lain yang jadikan aku OKU, jalang terkengkang, naik tangga cam orang tua n tangan xleh nak hayun membabi buta.
lari round padang bola, merangkak cam askar smpai nak terlondeh seluar and naik syeikh main volleyball sampai tangan bengkak

memang sangat tragik bagi orang gemok cam aku. tapi yang peliknya, berat tak turun pun. makin tambah adalah. mana taknya, makan 6x sehari and bila makan aku la orang pertama keluar dewan berlari pegi dining. that part aku memang laju *tiba-tiba rasa bangga coz boleh lari laju dari org lain*

and masa final day which is yesterday, ada exam pula. exam sejarah ok! terkejut otak aku yang berkarat ni. memang semua soalan aku hentam jelah. eventho urusetia bagi kelepasan xyah wat senaman pagi and boleh study for exam pagi tu, tapi sudah pasti la aku tido kan. lagipun aku xbawak apa2 materials for exam pun. so better aku rehatkan minda so that tak tertido time exam.

tapi sebenarnya aku seronok je pergi kursus ni. walaupun before pegi dulu rasa sangat berat and malas coz kerja kat office berlambak-lambak, tapi bila dah kat sana rasa malas gila pula nak balik office mengadap surat-surat yang memeningkan kepala. plan nak cuti harini pun terpaksa dibatalkan coz ada meeting with dato'. tapi bila sampai pagi tadi, tiba-tiba nampak seketul surat disebalik surat yang bertimbun kat meja aku bagitau meeting with dato' harini dah buat semalam. DEM! if tau aku cuti je harini. konon nak berintegriti la kan.*baru dengar ceramah integriti time kursus. kena semangat sikit*

nah. ni je gambar yang aku ada. aku xmesra alam kat sana. so xde nak bergambar-gambar sangat pun.

gadis-gadis from SUK Selangor
aisyah (PP UPEN), aireen (ADO Hulu Langat), liya (ADO Hulu Selangor) and sapa ntah

 kami + wicit (JPM) and ifa (KPT)






notakaki: aku sangat penat + ngantuk. and pic 1 tu, baju aku terkembang. bukan aku gemok okay! hehehe *explain siap-siap b4 kena kritik*

Friday, June 3, 2011

saya nak tapi...

yesterday sambil tunggu jam office melalak tepat pukul 5 untuk aku bedesup pulang menonton nora elena, aku ber blogwalking sambil cuci mata and stalking other people.. and i found this entry bertajuk

(sila tekan tuk bacaan penuh)

memang super interesting and bagus untuk kawan-kawan yang bakal berkawen or dalam ayat apai....... okay, aku tak sanggup nak tulis kat sini.

tapi..
macam mana ngan situasi aku?

SAYA NAK KAHWIN TAPI TAK ADA SAPA NAK KAHWIN NGAN SAYA

or

SAYA NAK KAHWIN TAPI SAYA TAK ADA BOYFRIEND PUN

hehehe..



notakaki: aku xdelah desperate sangat nak berlaki.. tapi bila tengok cite nora elena aku dah jadi super gatal plak. ish-ish-ish.. hahahaha. eh, lapa la!

Thursday, May 19, 2011

rama-rama sudah terbang

today.. 19th May 2011.. for the very first time aku kena chair meeting. ahli meeting pula pengarah-pengarah yang also the same age as my apak. memang aku agak super nervous bila boss cakap..

"Liyana, i want you to chair this meeting. if bukan sekarang bila lagi. coz one day you memang akan kena chair a meeting. so better start now. i trust you and i know you can do it!"

kenapa bos aku ni semangat semacam je? konpius aku. tapi, aku sambut dengan senyuman yang sungguh manis. tak kan nak nangis plakkan? bos dah bagi arahan macam tu.. aku as pegawai kerajaan kena akur jelah. SAYA YANG MENURUT PERINTAH.

so far meeting tu ok je. nasib baik pakcik-pakcik ni pun macam paham aku ni baru so dorang tolong aku sehabis baik. aww. terharu saya.. rama-rama kat perut saya pun dah terbang jauh:)

makaseh ye pakcik-pakcik sume. disebabkan pakcik baik sangat tadi, saya belanja nasi himpit with kuah kacang and kuah lodeh. saya tau sedap. kuat pakcik sendawa tadi. malu saya dengar.. kekeke



notakaki: esok makan free.. esok makan free.. esok makan free

Friday, March 11, 2011

work + vacation

hello friends
i'm going to Fraser Hill petang nanti
goint to help my friend handle an event under her unit
at the same time i'm learning
coz i have an event to organize this year 
plus,
its a FREE vacation
hee.. i like the word "FREE"
and i've never been there before
since my dad gayat :P
so friends,
see u next week
lets 'jimba'ing



notakaki: nak bercuti ngan kawan2 please.....

Wednesday, March 9, 2011

wish

oh my!!
i went to sunway piramid last monday.
plan mau jalan-jalan cuci mata je.
but tergila bayang plak at her!
waa... terpikat!!
eventho mahal dari cotton on nyer flats bunga-bunga
tapi at least oxford ni boleh cover kaki kombang den.
luluh hati bila sarung flats cotton on
buruk no rupenye bile aku pkai

okay gaji
cepat-cepat la masuk:)




notakaki: dah dewasa ni kena fikir banyak benda. kereta (/) insurans (/) rumah (X). ptptn (X) credit card (X) saving (/ tp ciput). 

notaibujarikaki: kawan-kawan. moh le amek insurans. aku de knal ajen prudential BSN yg bagus

Thursday, March 3, 2011

tired

woha! rupanya dah 2months aku kerja kat tempat baru ni. rasa cepat gila masa berlalu. tak macam kerja lama. nak tunggu pukul 6 rasa macam seminggu. nak tunggu hari jumaat macam bertahun. but kat tempat baru ni, tengok jam je tiba-tiba dah pukul pukul 1. kena la rehat makan-makan. pastu tengok jam lagi dah pukul 5. tempat punch dah bunyi-bunyi. tapi kerja banyak lagi tak setel. huhu... ponat makcik. padan muka ko nana oi. dulu time tak ada kerja mengeluh je. sekarang hambek. kerja timbun-timbun sampai meja tinggal space kecil je. tu pun dah jadi penuh coz letak kalender.

tapi tempat kerja ni jugak buat aku makin gemok dipam-pam. can you imagine, i gained 5kg. ulang suara 5KG! mana taknya. hari-hari makan free. pagi and petang. dalam sebulan 3 or 4 kali je aku pergi makan kat luar. itu pun time terlalu kepingin ayam kampung. pastu if pergi site visit orang-orang PBT layan cam YB. jamu makan macam-macam. sup power la, nasi padang la and siap bagi hamper bagai coz turun pantau projek. perghh.. dasat-dasat. aku plak yang terkena culture shock.

so moral of the story is, aku hepi je kerja ni eventho kerja bertimbun-timbun and agak mentensionkan diri deal with macam-macam isu sampai rambut dah gugur secara kronik. since aku beria-ia sangat nak kerja ni dulu so terpaksa la buat-buat happy.



notakaki: minum pagi with MB tadi dapat makan mewah. croissant with ham.. pergh. terus terlapar balik *dasar kata-kata orang gemok!*

Friday, February 18, 2011

when i was younger

when i was younger and innocent and cute and quite dumb, i thought:


1) only muslim girls having PMS
2) in 1940's people live in black and white
3) every older girl should curl their hair
4) only guys can drive a car
5) my grandpa (my mom nyer bapak) and my grandma (my dad nyer mak) can get married


notakaki: mau nonton wayang

Monday, December 6, 2010

hijrah

sempena maal hijrah tomorrow, let me share my hijrah story ye? my story berhijrah dari bebas rambut or percuma rambut (free hair) to berhijab...

antara responses yang aku dapat are:
  • hugs and kisses from mama and ayah
  • happy tears from mama *yes, dia sungguh emosi*
  • excitement from kakak tuk bershopping tudung bersama and share2 tudung
  • a very simple but meaningful word from adik > AKHIRNYA!
  • pujian from opismate and friends
  • lots of questions from my non-muslim opismate
  • kata2 syukur dari pakcik
sebenarnya dah lama terdetik nak pakai tudung ni. tapi biasalah.. maybe sebab aku ni JARANG2 SOLAT, TU YANG SENANG KENA HASUT SYAITAN *seperti kenal ayat ni. tapi dimana ya?* and being me yang sungguh degil +keras ati, bila ayah or family tegur suruh pakai lagi aku rasa tak nak pakai.. huh. sungguh keras kepala punya anak.

tapi dalam masa yang sama, time kakak mandi aku selalu je test2 pakai tudung dia. bila dia keluar terus gelabah and terus cabut tudung. penah gak kantoi ngan kakak. terus dia puji "ha, kan elok pakai tudung. lagi cantik". terus aku bukak and cakap no komen and terus keluar bilik. memang dasar keras ati sungguh

and after aku single, ayah de slow talk ngan aku. dia cakap maybe my ex bukan laki terbaik tuk aku. and dia cakap "lelaki yang baik tuk perempuan yang baik". terus terdetik kat hati nak berubah. aku xcakap orang tak pakai tudung 2 jahat. no. absolutely no. tapi aku fikir, dah la perangai tak baik sangat. solat pun kadang2 tinggal. bila xpakai tudung, baju pun lagi terdedah, seluar pendek, sleeveless aku pakai je kat luar. lagi bertambah la dosa. so macam mana nak jadi orang yang lebih baik.

and yang paling dasat, ayah pernah cerita kat aku. dia mimpi aku terbakar. ayah berusaha nak padamkan api kat aku. tapi sangat2 susah. lama sangat ayah usaha nak padamkan api tu. tapi lama2 padam jugak. huh. gila seram siot! maybe tu petunjuk kot. memang banyak kali ayah tegur aku suh pakai tudung. tapi aku mesti buat selambe je.xpun aku wat xdengar and pergi tempat lain. sekarang ni baru sedar buruk sungguh perangai aku ni.

sekarang ni pun aku tengok ramai je kawan2 lame and ex schoolmate yang aku kenal dah berubah. syukur laa.. semoge aku tak hot-hot ciken shit la..

okay. itu je.. renung2kan dan selamat beramal.. sori if ada yang terasa.. xbermaksud pun.. hehehe

selamat menyambut maal hijrah esok:)



notakaki: tumblr xberfungsi harini. terpaksa la update blog ni..




Tuesday, November 23, 2010

random #2 - beauty tips

hey2.. i'm back!! setelah lama menyepi meh aku share sedikit tips yang aku dapat dari orang yang lagi bagi aku tips ni. 

sebenarnya last week aku pergi cek kondisi muka aku yang super dasat ni. and beautician tu cakap pores kat muka aku ni banyak yang tersumbat. wanna know why? coz aku tak cuci make-up bersih2. so liang2 akan tersumbat and menyebabkan jerawat berketul-ketul tumbuh cam cendawan lepas ujan. and for your information, cuci muka je tak akan bersihkan make-up. only make up remover yang boleh betul2 bersihkan make-up tu. even if korang just pakai compact powder, still kena guna make up remover okeh. currently aku pakai loreal cleansing milk. ok la kot aku pakai. de je jenama lain cam biore tapi dia oil so agak gerun la aku nak pakai since muka aku ni agak oily. and make-up remover ni tak delah mahal pon. belas2 hengget pon bole dpt. tapi loreal nyer 23 hengget kot. okay. itu je nak share. rajin-rajin la bersihkan muka ye kawan2.

 google

notakaki: misi mencantikkan kulit muka

Wednesday, November 10, 2010

i'm a witch

the sad thing is not about discovering that your PRINCE is already committed to someone else
what's truly pathetic is how you try to snatch the PRINCESS role for yourself. when in reality you're just the WITCH who gets in the way
from tumblr


oh my.. i never realize dat i'm actually a witch. 
notakaki: should open my eyes wider

Tuesday, November 9, 2010

random #1 - idaman hati

datang opis pagi tadi, mulakan aktiviti biasa iaitu berjimba di tenet dengan suka hati. tapi bila dah petang tak suka hati pun coz dah boring. macam jalan-jalan kat shopping complex dari pagi, so bila dah petang mesti dah boring pusing-pusing tengok kedai yang sama.

anyway, time berjalan-jalan tadi tiba-tiba berhenti di satu 'kedai' ni. hati berdebar-debar and terpaut. rasa geram and mengidam yang membuak-buak.. terus rasa berpeluh-peluh *ye. memang sungguh over*

tiba-tiba rasa seperti mau barangan ini

 macbook pro yang sungguh jelita
 ipad..
 ipod touch!fewittt!
mama, i want a Stella for my bday boleh??

duit!! mana nak dapat duit banyak-banyak? 

ada sapa2 mau beli bulu kaki aku x? boleh amek jadikan bulu mata palsu



notakaki: bosannya kerja. hari-hari duk releks. baik duk rumah belaja masak



Thursday, November 4, 2010

toilet share 2

still remember entry jijik di toilet opis aku? yang ni ha INI

hari ni ada kes yang sama jijik berlaku di toilet yang sama *tgk kale jamban pun dh tau:P*


nampak x benda yang melingkar kat tempat flush 2?? ye. ia adalah rerambut.. tebal and berketak.. seperti apakah itu?? sila la pikir sendiri ye?? 

eeeee... geli aku nak flush tadi. aku imagine macam2 dah. yek2



notakaki: berehat dari tenet starting tomorrow till sunday.. bz clbrate deepavali mungkin.. hehehe
did u ever fall for someone u know u shouldn't
try hard to fight ur feelings, but u just couldn't
u fall deeper with each passing day
but try to hide it in every possible way





notakaki: i miss how and who i used to be
 

Tuesday, November 2, 2010

orang lama

sekarang sedang dalam mood dengar lagu-lagu lama seperti zaman dedikasi lagu from atok to nenek.. 
taylor swift, one republic, james morrison sila keluar dari list okey..
pakcik-pakcik dibawah boleh masuk dalam list 
and lagu anda akan diputar berkali-kali smpai nak muntah

air supply
rod stewart
eric clapton 
stevie wonder
bee gees

and lagu wajib!
endless love
aduh.. rasa cam nak baring and letak tangan kat dahi..
hehehe


notakaki: tiba-tiba rasa diri seperti nenek-nenek

notakakilagi: saya bosan



Thursday, October 28, 2010

SINGLE is FUN

kenapa saya suka SINGLE?? sebab SINGLE tu best.... hahaha

- sekarang dah boleh bercakap dengan laki lain without rasa bersalah. nak buat kerja dengan opismate laki pun dah tak ada orang pertikaikan. nak lunch ngan opismate laki pun tak ada orang nak marah

- boleh buat apa aje without perlu hantar report aktiviti harian

- boleh bergembira ngan kawan-kawan secara sehabis mungkin and tak payah layan orang nak merajuk coz kurang dilayan

- no need to takut-takut ada orang marah bila buat apa yang aku nak buat

- dah tak ada tekanan perasaan and mental coz asik-asik kena mengalah walaupun tau tak bersalah

- dah tak ada nak feeling-feeling or terasa bila asik aku je yang call dulu or kena pujuk

after almost 10 years in a relationship with someone, sekarang aku sudah boleh gembira tanpa pura-pura.. kenapa aku cakap single tu fun? coz sekarang aku memang rasa lagi releks and lagi hepi and dah tak sakit kepala fikir about nak jaga hati or ambil hati orang..

tapi memandangkan aku ni gatal, ofkos la aku nak ada bf.. nak gak gayut2 tengah malam. dating2.. jalan2 pegang tangan.. lentok2.. comolot.. cakap i lap u muah muah *hahaha*.. maybe one day, someday.. bila-bila jelah..

sebelum berpisah, mari saya share something ngan kawan-kawan okeh :)








notakaki: tinggal aku and acap je till saturday. terbiar ditinggalkan amak and apak yang berhanimun tuk kali ke bape ntah.. sobs

Tuesday, October 26, 2010

JOM!!

rakan2 jom kita....

- karok!! 
rasa last time aku karok adalah time buka pose haritu.. gigil2 nak pegang mic ni

- tengok movie
cam banyak cerita best je.. seperti YOU AGAIN and LIFE AS WE KNOW IT.. if ada cerita lain yang best pun aku layan aje

- vacation bersama-sama
mari bercuti ramai2.. tapi yang ni boleh KIV dulu.. maybe end of this year ke.. still remember percutian budget kat melaka dulu?? waaa.. sungguh best!!


nway.. membroga last week memang super seronok!! walaupun sampai today aku naik tangga cam orang tua and still pening lalat kesan mandi hujan, tapi sungguh PUAS!!

 pic cilok fb incik nad gedebak gedebuk



notakaki: wiken aku dah full until 21st Nov.. busy busy busy

Thursday, October 21, 2010

perkara annoying ketika makan

last night me and my  family except asyraf yang busy kerja went to pizza hut for dinner.. sungguh excited kami mau try the new pizza yang ada 6 types of cheese! woohhhaaaaa.. memang heaven la.. super sedap bagi someone yang suka cheese cam aku.. memang dasar pompuan gemuk betol.. haih..

time tengah menikmati pizza with extra2x cheese tu, datang la 1 family duduk belakang kitorang. de husband and wife together with their sons.. 2 orang.. age about 2 and 4. i really don't have problem with kids but i do get angry if those budak2 buat hal. can u imagine time semua orang2 kat pizza tu dok makan, budak2 tu menjerit2 cam batak.. and memang super bingit punye jerit. pastu dok berlari2 dalam 2 and terpanjat2. mak bapak dia boleh buat selambe je.. tu yang paling menyakitkan hati. budget biarkan budak behave cam tu so dat bagi diorang belajar la.. memang bodoh nyer pemikiran.

ada 1 couple india ni cam suruh diam la kat boy 2 coz menjerit2 kat dorang yang nak makan. bole plak budak kecik 2 sound "diam la ko. sibok je bising2".. bapak la kurang ajar. tapi still, parents dia wat bodoh je ngan anak perangai camtu. me and my family cam malu gak ngan 1 chinese family duk across our table. ada je toddler yang makan sama. tapi budak tu baik je makan diam2. tak macam anak melayu yang konon sopan santun and beradab. time makan boleh bising2 macam tu..

and my mama being herself, g sound je parents 2.. tapi mak dia pun cam sengal. bila budak 2 jerit dia just cakap jangan la bising. just that. of coz la budak tu tak hirau pe mak dia cakap. i just don't understand camne mak dia boleh tak rasa malu. and kitorang yang cam tak tahan coz xdapat makan ngan aman pun bungkus pizza tu and balik. masing2 makan 1 slice je. dah xlalu nak makan. 

memang la aku xde anak lagi but parents aku dulu boleh je didik anak behave especially time makan cam tu. bila anak lari2 kat restaurant pastu tercurah sup panas or maybe pizza yang panas tu jatuh kat dorang, parents nak saman plak owner restaurant. padahal dorang yang tak jaga anak betol2. ish.. pelah orang sekarang ni.. mintak jauh la aku dari jadi cam dorang...




notakaki: at least balance pizza tu jadi belak lunch aku harini.. hehehehe