Monday, November 21, 2011

Pekerja gomen

Selamat pagi..

Pada suatu pagi isnin yang tenang, liyana start kerja dengan cek email sambil buka gossip x17 untuk update info-info gosip yang mungkin boleh dishare ngan puan apai jika bertemu kelak. Sedang galak baca bout demi moore yang nk divorce ngan ashton kutcher, masuk satu mamat bawa beg plastik hitam. Terkujat mak! Mamat tersebut tersenyum sumbing kat liyana sambil letak beg plastik hitam tersebut atas meja. Dia berkata 'cik adik manis (ok ni tipu), nak beli kain cotton x?' Lalu dikeluarkan kain2 tersebut..

At first liyana kelihatan tak berminat. Tapi sekali dia terpandang seketul kain yang cam lawa. Terus dia ambil and sepantas kilat mulut liyana berkata 'saya nak yang ni! Berapa hengget?' Mamat tersenyum lebar. 'Tapi saya bayar time gaji ye' sambung liyana. Mamat masih tersenyum dan berkata. 'No hal la cik jelita (ye! Aku tipu lagi) bila-bila pun boleh bayar'.. Mamat keluar dengan hepi coz kain dia laku. Liyana pun hepi dapat kain tuk buat baju baru. Lalu liyana pun update twitter.


Kesimpulannya: aku dah sah jadi pekerja gomen.


Notakaki: tadi tersedak time minum teh tarik. Tiba2 teringat mira tersedak mee goreng pastu mee keluar dari hidung.. Bwahaha *sapa ngumpat aku ni?*
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

echong uchan said...

hahahha part mira tersedak mee goreng tu tersemat dalam kalbu...hahahhahahahhahaha