woha! rupanya dah 2months aku kerja kat tempat baru ni. rasa cepat gila masa berlalu. tak macam kerja lama. nak tunggu pukul 6 rasa macam seminggu. nak tunggu hari jumaat macam bertahun. but kat tempat baru ni, tengok jam je tiba-tiba dah pukul pukul 1. kena la rehat makan-makan. pastu tengok jam lagi dah pukul 5. tempat punch dah bunyi-bunyi. tapi kerja banyak lagi tak setel. huhu... ponat makcik. padan muka ko nana oi. dulu time tak ada kerja mengeluh je. sekarang hambek. kerja timbun-timbun sampai meja tinggal space kecil je. tu pun dah jadi penuh coz letak kalender.
tapi tempat kerja ni jugak buat aku makin gemok dipam-pam. can you imagine, i gained 5kg. ulang suara 5KG! mana taknya. hari-hari makan free. pagi and petang. dalam sebulan 3 or 4 kali je aku pergi makan kat luar. itu pun time terlalu kepingin ayam kampung. pastu if pergi site visit orang-orang PBT layan cam YB. jamu makan macam-macam. sup power la, nasi padang la and siap bagi hamper bagai coz turun pantau projek. perghh.. dasat-dasat. aku plak yang terkena culture shock.
so moral of the story is, aku hepi je kerja ni eventho kerja bertimbun-timbun and agak mentensionkan diri deal with macam-macam isu sampai rambut dah gugur secara kronik. since aku beria-ia sangat nak kerja ni dulu so terpaksa la buat-buat happy.
notakaki: minum pagi with MB tadi dapat makan mewah. croissant with ham.. pergh. terus terlapar balik *dasar kata-kata orang gemok!*
No comments:
Post a Comment